Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يَبْغَضُ المؤمنَ لا زَبْرَ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci orang mukmin yang tidak ada kebijaksanaan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah R.A
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis no. 75. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يبغض المؤمن لا زبر له)). [عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1803)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah membenci orang mukmin yang tidak ada kebijaksanaan. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1803]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman