Sesungguhnya Allah membenci kalian bermain-main (melakukan perkara yang sia-sia) ketika dalam solat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membenci kalian bermain-main (melakukan perkara yang sia-sia) ketika dalam solat dan melakukan perkara yang maksiat ketika dalam keadaan berpuasa, dan ketawa di perkuburan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن يحيى بن أبي كثير، مرفوعا: ((إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3079)]

(Lemah)
Daripada Yahya bin Abi Kathir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya Allah membenci kalian bermain-main (melakukan perkara yang sia-sia) ketika dalam solat dan melakukan perkara yang maksiat ketika dalam keadaan berpuasa, dan ketawa di perkuburan."
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3079].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs