Lemah
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ تعالى كَرِهَ لَكُمُ العَبثَ في الصَّلاةِ، والرَّفَثَ في الصِّيامِ، والضَّحِكَ عندَ المقابرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membenci kalian bermain-main (melakukan perkara yang sia-sia) ketika dalam solat dan melakukan perkara yang maksiat ketika dalam keadaan berpuasa, dan ketawa di perkuburan.
Sahabat Perawi
- Yahya bin Abi Kathir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis no. 5742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير، مرفوعا: ((إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3079)]
(Lemah) Daripada Yahya bin Abi Kathir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya Allah membenci kalian bermain-main (melakukan perkara yang sia-sia) ketika dalam solat dan melakukan perkara yang maksiat ketika dalam keadaan berpuasa, dan ketawa di perkuburan." [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3079].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman