Sesungguhnya Allah membangkitkan para muazzin pada hari kiamat dalam keadaan merekalah manusia yang paling panjang lehernya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحشر المؤذنين يوم القيامة أطول الناس أعناقا بقولهم: لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membangkitkan para muazzin pada hari kiamat dalam keadaan merekalah manusia yang paling panjang lehernya disebabkan ucapan mereka: Tiada Tuhan selain Allah.

STATUS

Lemah Dengan Lafaz Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis nombor 1418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يحشر المؤذنين يوم القيامة أطول الناس أعناقا بقولهم: لا إله إلا الله)).
[السراج في ((الثاني من الأول من مسنده))، خط، ((الضعيفة)) (‌‌3130)]

(Lemah Dengan Lafaz Ini)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah membangkitkan para muazzin pada hari kiamat dalam keadaan merekalah manusia yang paling panjang lehernya disebabkan ucapan mereka: Tiada Tuhan selain Allah.
[Riwayat al-Sarraj dalam al-Thani Min al-Awwal Min Musnadihi, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs