Daif Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يَحْشُرُ المؤَذِّنينَ يومَ القِيامَةِ أطْوَلَ الناسِ أعْناقًا بِقَوْلِهِم: لا إله إلا اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah membangkitkan para muazzin pada hari kiamat dalam keadaan merekalah manusia yang paling panjang lehernya disebabkan ucapan mereka: Tiada Tuhan selain Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis no. 1418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يحشر المؤذنين يوم القيامة أطول الناس أعناقا بقولهم: لا إله إلا الله)). [السراج في ((الثاني من الأول من مسنده))، خط، ((الضعيفة)) (3130)]
(Daif Dengan Lafaz Ini) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah membangkitkan para muazzin pada hari kiamat dalam keadaan merekalah manusia yang paling panjang lehernya disebabkan ucapan mereka: Tiada Tuhan selain Allah. [Riwayat al-Sarraj dalam al-Thani Min al-Awwal Min Musnadihi, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman