Sesungguhnya Allah melepaskan untuk kamu zakat (tidak wajibkan) kuda dan hamba

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى تجاوز لكم عن صدقة الخيل والرقيق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah melepaskan untuk kamu zakat (tidak wajibkan) kuda dan hamba.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821, hadis nombor 4225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله–رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله تعالى تجاوز لكم عن صدقة الخيل والرقيق)).
[عد، ((الضعيفة)) (7085)].

(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah melepaskan untuk kamu zakat (tidak wajibkan) kuda dan hamba.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7085]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs