Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah melindungi hamba-Nya daripada dunia

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ يَحمي عبدَه الدنيا؛ كما يَحمي الرَّاعي الشفيقُ غنمَهُ عن مراتعِ الهَلَكَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah melindungi hamba-Nya daripada dunia, sebagaimana seorang pengembala yang bersimpati melindungi kambingnya daripada padang-padang rumput yang membinasakan.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2077, hadis no. 10418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن حذيفة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله يحمي عبده الدنيا؛ كما يحمي الراعي الشفيق غنمه عن مراتع الهلكة. [ابن أبي الدنيا في ((ذم الدنيا))، هب، حل، ((الضعيفة)) (7096)]

(Sangat Lemah) Daripada Hużaifah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah melindungi hamba-Nya daripada dunia, sebagaimana seorang pengembala yang bersimpati melindungi kambingnya daripada padang-padang rumput yang membinasakan. [Riwayat Ibn Abu al-Dunyā dalam Żam al-Dunyā, al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7096]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.