Sesungguhnya Allah melihat sebanyak 360 kali pandangan setiap hari

TEKS BAHASA ARAB

إن لله في كل يوم ثلاثمائة وستون نظرة لا ينظر فيها إلى صاحب الشاة يعني الشطرنج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah melihat sebanyak 360 kali pandangan setiap hari. Allah tidak akan melihat kepada pemilik catur.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 246, hadis nombor 190. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (2/ 297) ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات (2/ 783) عن محمد بن الحجاج المصفر قال: ثنا خذام بن يحيى عن مكحول عن واثلة بن الأسقع مرفوعا به.
قلت: وهذا سند واه. ومحمد بن الحجاج تركه ابن حنبل والنسائي. وقال ابن معين: ليس بثقة . وقال ابن حبان: منكر الحديث جدا يروي عن شعبة أشياء كأنه شعبة آخر لا تحل الرواية. وقال البخاري: سكتوا عنه. وهو جرح شديد عنده. وحذام شاهد من حديث أبي هريرة رضي الله عنه.
علقه ابن حبان في المجروحين (3/ 26) ، ووصله العيقلي (ق 218/ 1) من طريق مطهر بن الهيثم، حدثنا شبل البصري عن عبد الرحمن بن يعمر عن أبي هريرة قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم على قوم يلعبون الشطرنج. فقال: ما هذه الكوبة؟! ألم أنه عنها؟ لعن الله من يلعب بها.
قال العقيلي: مطهر بن الهيثم عن شبل لا يصح حديثه وهما مجهولان.

Dha’if Jiddan (Terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/297), juga oleh Ibn al-Jawzi daripada sanad Ibn Hibban dalam al-Wahiyat (2/783) daripada Muhammad bin al-Hajjaj al-Musaffar, katanya: Khizam bin Yahya telah menceritakan kepada kami daripada Makhul daripada Wathilah bin al-Asqa’ secara marfu’ hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini wahin (terlalu lemah). Muhammad bin al-Hajjaj ditinggalkan riwayat beliau oleh Ibn Hanbal dan al-Nasa’ei. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak Thiqah". Ibn Hibban berkata: "Sangat munkar hadithnya. Beliau meriwayatkan daripada Syu’bah beberapa hadith, seolah-olah ianya Syu’bah yang lain. Tidak boleh meriwayatkan hadith daripadanya".
Al-Bukhari berkata: "Ulama berdiam diri meriwayatkan daripada beliau". Ini merupakan kritikan yang berat di sisi beliau. Terdapat sokongan terhadap hadith Hizam melalui hadith Abu Hurairah. Ibn Hibban telah meriwayatkannya secara mu’allaq dalam al-Majruhin (3/26) dan sanadnya dibawakan bersambung oleh al-‘Uqaili (hlm. 218/1) melalui sanad Mutahhar bin al-Haitham, katanya Shibl al-Basri telah menceritakan kepada kami daripada ‘Abdul Rahman bin Ya’mur daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW pernah melintasi satu golongan yang sedang bermain catur, lalu Baginda SAW bertanya: "Lambang apakah ini? Bukankah aku telah melarangnya? Semoga Allah melaknat orang yang bermainnya". Al-‘Uqaili mengulas dengan katanya : "Mutahhar bin al-Haitham daripada Shibl,hadithnya tidak sahih. Mereka berdua adalah majhul". Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak ada asalnya".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs