Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang berumur 70 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبغض ابن السبعين في هيئة ابن عشرين؛ في مشيته ومنظره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang berumur 70 tahun namun penampilannya seperti orang yang berumur 20 tahun dari sudut gaya berjalan dan luarannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis nombor 9775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إِنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ ابْنَ السَبْعِينَ فِي هَيْئَةِ ابْنِ عِشْرِينَ؛ فِي مِشْيَتِهِ وَمَنْظَرِهِ.
[طس، ((الضعيفة)) (7091)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang berumur 70 tahun namun penampilannya seperti orang yang berumur 20 tahun dari sudut gaya berjalan dan luarannya.
[Riwayat al-al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7091]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs