Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ ابْنَ السَبْعِينَ فِي هَيْئَةِ ابْنِ عِشْرِينَ؛ فِي مِشْيَتِهِ وَمَنْظَرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang berumur 70 tahun namun penampilannya seperti orang yang berumur 20 tahun dari sudut gaya berjalan dan luarannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis no. 9775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إِنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ ابْنَ السَبْعِينَ فِي هَيْئَةِ ابْنِ عِشْرِينَ؛ فِي مِشْيَتِهِ وَمَنْظَرِهِ. [طس، ((الضعيفة)) (7091)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah marah kepada orang yang berumur 70 tahun namun penampilannya seperti orang yang berumur 20 tahun dari sudut gaya berjalan dan luarannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7091]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman