Sesungguhnya Allah malu untuk berpaling daripada hamba-Nya apabila dia solat berjemaah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يستحي من عبده إذا صلى في جماعة ثم يسأله حاجته أن ينصرف حتى يقضيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah malu untuk berpaling daripada hamba-Nya apabila dia solat berjemaah kemudian dia meminta kepada-Nya sesuatu hajat hinggalah Dia menunaikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis nombor 7383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يستحي من عبده إذا صلى في جماعة ثم يسأله حاجته أن ينصرف حتى يقضيها)). [حل، ((الضعيفة)) (3133)]

(Palsu)
Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah malu untuk berpaling daripada hamba-Nya apabila dia solat berjemaah kemudian dia meminta kepada-Nya sesuatu hajat hinggalah Dia menunaikannya.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3133].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs