Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang memiliki uban jika dia menumpukan dalam melazimi sunnah

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللهَ يَسْتَحْيِي مِنْ ذِي الشَّيْبَةِ إِذَا كَانَ مُسَدَّدًا لُزُومًا لِلسُّنَّةِ أَنْ يَسْأَلَهُ فَلَا يُعْطِيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang memiliki uban (sudah tua) jika dia menumpukan dalam melazimi sunnah, yang apabila dia meminta kepada-Nya, lalu Dia tidak memberikannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis no. 7362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: ((إن الله يستحيي من ذي الشيبة إذا كان مسددا لزوما للسنة أن يسأله فلا يعطيه)). [ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (2579)].

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang memiliki uban (sudah tua) jika dia menumpukan dalam melazimi sunnah, yang apabila dia meminta kepada-Nya, lalu Dia tidak memberikannya. [Riwayat Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2579].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.