Classification icon

Palsu

04/04/2025

minit bacaan



Sesungguhnya Allah ketika murka, Dia menjadi angkuh di atas Arasy

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللَّهَ إِذَا غَضِبَ انْتَفَخَ عَلَى الْعَرْشِ حَتَّى يَثْقُلَ عَلَى حَمَلَتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah ketika murka, Dia menjadi angkuh di atas Arasy sehingga memberatkan penanggungnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ibn 'Arraq al-Kinani (m. 963H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebutkan oleh Ibn 'Arraq al-Kinani (m. 963H) dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau yang berjudul Tanzih al-Shari'ah al-Marfu'ah, dalam jilid 1, Kitab Tauhid, di halaman 139, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

[قُلْتُ] أَخَلَّ بِهِ السُّيُوطِيُّ، وَقَدْ ذَكَرَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ اسْتِطْرَادًا مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ وَقَالَ: إِنَّ ابْنَ حِبَّانَ ذَكَرَهُ فِي تَرْجَمَةِ أَيُّوبَ بْنِ عَبْدِ السَّلامِ وَاتُّهِمَ بِهِ أَيُّوبُ وَاللَّهُ أَعْلَمُ.

Aku (al-Kinani) berkata: al-Suyuthi telah curiga terhadap riwayat ini. Ibn al-Jauzi telah menyebutkannya dan berbeza daripada hadis Ibn Mas'ud. Ibn Hibban telah menyebutnya di dalam biografi Ayyub bin 'Abd al-Salam,dan Ayyub ditohmah dengannya (berdusta).

Rujukan

al-Kinani, 'Ali bin Muhammad bin 'Ali ibn 'Arraq. (1401H/1981). Tanzih al-Shari'ah al-Marfu'ah 'an al-Akhbar al-Shani'ah al-Mawdu'ah. Semakan: 'Abd al-Wahhab 'Abd al-Latif & 'Abdullah Muhammad al-Siddiq. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Penterjemah Mustafar Bin Mohd Suki
Penyunting Suhail bin Wahid
Penyemak Dr Mohd Nor Adli Bin Osman

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan orang ramai yang menaja Projek Terjemahan Kitab Tanzih al-Shari'ah yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.