Sesungguhnya Allah jika mencintai seseorang hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا أحب عبده جعل ‌رزقه ‌كفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah jika mencintai seseorang hamba maka Dia akan mencukupkan rezekinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 637, hadis nombor 3301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال : «إن الله إذا أحب عبدا جعل رزقه كفافا». [فر، «الضعيفة» (7079)].

(Lemah) Daripada Ali RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah jika mencintai seseorang hamba maka Dia akan mencukupkan rezekinya." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dhaifah no. 7079]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.