Sesungguhnya Allah jika Dia mengkehendaki kamu untuk tidak tidur, nescaya kamu tidak akan tidur

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لو أراد أن لا تناموا عنها لم تناموا، ولكن أراد أن يكون ذلك لمن بعدكم، فهكذا لمن نام أو نسي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah jika Dia mengkehendaki kamu untuk tidak tidur, nescaya kamu tidak akan tidur. Akan tetapi Dia mengkehendaki berlakunya hal ini (untuk pengajaran kepada) mereka yang akan datang selepas kamu. Beginilah keadaannya bagi mereka yang tidur atau terlupa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 272, hadis nombor 1414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: كنا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مرجعه من الحديبية فعرسنا، فقال: "من يحرسنا لصلاتنا"؟ – وقال شعبة: "من يكلؤنا" – قال بلال: أنا – قال المسعودي في حديثه: "إنك تنام". ثم قال: "من يحرسنا لصلاتنا"؟ فقال ابن مسعود: قلت: أنا، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: "إنك تنام". قال: فحرستهم حتى إذا كان في وجه الصبح أدركني ما قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فما استيقظنا إلا بالشمس، فقام رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وصنع كما كان يصنع ثم قال: ((إن الله لو أراد أن لا تناموا عنها لم تناموا، ولكن أراد أن يكون ذلك لمن بعدكم، فهكذا لمن نام أو نسي)). وقال المسعودي في حديثه – وليس في حديث شعبة -: إن راحلة رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ضلت فوجدناها عند شجرة قد تعلق خطامها بالشجرة، فقلت: يا رسول الله ما كانت تحلها الأيد".
[الطيالسي، ع، ((الضعيفة)) (‌‌3088)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA beliau berkata: Kami bersama dengan Rasulullah S.A.W yang baru pulang dari Hudaibiyyah. Lalu kami berhenti di suatu tempat untuk bermalam di sana. Maka Nabi S.A.W bertanya: Siapakah yang akan mengawal ketika kita sedang menunaikan solat? Syu’bah (salah seorang perawi hadis) berkata: (Nabi S.A.W bertanya) : Siapakah yang akan mengawal kita semua? Maka Bilal berkata: Aku (wahai Rasulullah). Al-Mas’udi (juga salah seorang perawi hadis) berkata dalam hadis beliau: (Nabi S.A.W berkata kepada Bilal): Sesungguhnya kamu akan tidur. Kemudian baginda bertanya lagi: Siapakah yang akan mengawal ketika kita sedang menunaikan solat? Maka Ibn Mas’ud berkata: Aku (wahai Rasulullah). Maka Rasulullah S.A.W berkata: Sesungguhnya kamu akan tidur. Ibn Mas’ud berkata: Lalu aku pun berjaga malam untuk mengawal mereka, sehingga ketika hampir sampai waktu subuh, aku pun mendapati apa yang Rasulullah S.A.W sebutkan (iaitu beliau juga akan tidur). Kami semua tertidur dan tidaklah yang membangunkan kami (daripada tidur) melainkan cahaya matahari. Maka Rasulullah S.A.W pun bangun dan baginda melakukan apa yang biasa dilakukan, seraya berkata: Sesungguhnya Allah jika Dia mengkehendaki kamu untuk tidak tidur, nescaya kamu tidak akan tidur. Akan tetapi Dia mengkehendaki berlakunya hal ini (untuk pengajaran kepada) mereka yang akan datang selepas kamu. Beginilah keadaannya bagi mereka yang tidur atau terlupa.
Al-Mas’udi berkata dalam hadisnya -dan ia tidak terdapat dalam hadis Syu’bah- Sesungguhnya haiwan tunggangan Rasulullah S.A.W telah hilang. Dan kemudian kami menemuinya di sisi sebuah pokok yang mana talinya telah tersangkut pada pokok tersebut. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, tiada tangan yang mampu meleraikannya (tali tersebut).
[Riwayat al-Tayalisi, Musnad Abi Ya'la. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3088]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs