Sesungguhnya Allah -Jalla wa ‘Ala- telah menjadikan rambut ini sebagai ibadah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – جل وعلا – جعل هذا الشعر نسكا، وسيجعله الظالمون نكالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah -Jalla wa ‘Ala- telah menjadikan rambut ini sebagai ibadah. Dan golongan zalim akan menjadikannya sebagai hukuman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis nombor 1060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن خيران الجذامي وعثمان بن داود قالا: كتب عمر بن عبد العزيز إلى عبيدة بن عبد الرحمن السلمي بأذربيجان: إنه بلغني أنك تحلق الرأس واللحية، وإنه بلغني: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الله – جل وعلا – جعل هذا الشعر نسكا، وسيجعله الظالمون نكالا)). فإياي والمثلة: جز الرأس واللحية؛ فإن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – نهى عن المثلة. [القاضي عبدالجبار في ((تاريخ داريا))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3067)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar bin Khayran al-Juzami dan ‘Utsman bin Daud, keduanya berkata: ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz menulis surat kepada ‘Ubaidah bin ‘Abdul Rahman al-Sulami yang berada di Azerbaijan: Bahawa telah sampai kepadaku berita bahawa kamu mencukur kepala dan juga janggut. Begitu juga telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah -Jalla wa ‘Ala- telah menjadikan rambut ini sebagai ibadah. Dan golongan zalim akan menjadikannya sebagai hukuman. Maka jauhilah kamu daripada muhtlah (memotong anggota) ini (iaitu) mencukur kepala dan juga janggut. Kerana Rasulullah SAW melarang daripada muthlah (memotong anggota).
[Riwayat al-Qadhi Abd al-Jabbar dalam Tarikh Dariya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3067]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.