TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى جميل يحب الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai perkara yang indah, Dia Maha Pemurah dan menyukai sifat pemurah, Dia Maha Bersih dan menyukai kebersihan, maka bersihkanlah halaman rumah kamu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الله جميل يحب الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة، فاكْسحُوا أَفنيتَكم)). [عد، ((الضعيفة)) (7086)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai perkara yang indah, Dia Maha Pemurah dan menyukai sifat pemurah, Dia Maha Bersih dan menyukai kebersihan, maka bersihkanlah halaman rumah kamu.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7086]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.