Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ تعالى جميلٌ يحبُّ الجَمالَ، سَخِيٌّ يحبُّ السَّخَاءَ، نظيفٌ يحبُّ النظافةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai perkara yang indah, Dia Maha Pemurah dan menyukai sifat pemurah, Dia Maha Bersih dan menyukai kebersihan, maka bersihkanlah halaman rumah kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis no. 739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الله جميل يحب الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة، فاكْسحُوا أَفنيتَكم)). [عد، ((الضعيفة)) (7086)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai perkara yang indah, Dia Maha Pemurah dan menyukai sifat pemurah, Dia Maha Bersih dan menyukai kebersihan, maka bersihkanlah halaman rumah kamu. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7086]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman