Sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan…maka sapulah halaman rumah kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله جميل يحب الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة، فاكسحوا أفنيتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan, (Dia juga) pemurah dan suka akan sikap pemurah, (Dia juga) bersih dan suka akan kebersihan, maka sapulah halaman rumah kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1644, hadis nombor 8313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال : قال صلى الله عليه وسلم : ((إن الله جميل يحب الجمال، سخي يحب السخاء، نظيف يحب النظافة، فاكسحوا أفنيتكم)). [عد، ((الضعيفة)) (7086)].

(Munkar)
Daripada Ibnu Umar RHUMA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan, (Dia juga) pemurah dan suka akan sikap pemurah, (Dia juga) bersih dan suka akan kebersihan, maka sapulah halaman rumah kamu)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7086].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.