Sesungguhnya Allah itu apabila Dia telah menetapkan suatu ketetapan qadak buat hamba-Nya, nescaya tidak ada yang (mampu) menolak ketetapan qadak-Nya itu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا قضى على عبد قضاء؛ لم يكن لقضائه مردّ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah itu apabila Dia telah menetapkan suatu ketetapan qadak buat hamba-Nya, nescaya tidak ada yang (mampu) menolak ketetapan qadak-Nya itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis nombor 2750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شرحبيل – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله إذا قضى على عبد قضاء؛ لم يكن لقضائه مردّ». [ابن قانع، «الضعيفة» (5867)].

(Lemah) Daripada Syurahbil RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah itu apabila Dia telah menetapkan suatu ketetapan qadak buat hamba-Nya, nescaya tidak ada yang (mampu) menolak ketetapan qadak-Nya itu." [Riwayat Ibn Qani' dalam Mu'jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5867].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs