TEKS BAHASA ARAB
إن الله عند لسان كل قائل، فاتقى الله امرؤ وعلم ما يقول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah di sisi lidah setiap yang bercakap. Maka seseorang itu perlu bertakwa kepada Allah dan mengetahui apa yang dia ucapkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 188, hadis nombor 965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن ذر عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله عند لسان كل قائل، فاتقى الله امرؤ وعلم ما يقول)).
[القضاعي، ابن المبارك، حل، خط، ((الضعيفة)) (1953)]
(Lemah)
Daripada ‘Umar bin Dzar daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah di sisi lidah setiap yang bercakap. Maka seseorang itu perlu bertakwa kepada Allah dan mengetahui apa yang dia ucapkan.
[Riwayat al-Quda’ie, Ibn al-Mubarak, Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1953]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.