Sesungguhnya Allah dari atas langit-Nya tidak menyukai sekiranya Abu Bakr tidak dipersetujui

TEKS BAHASA ARAB

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يوجهه إلى اليمن وثم أبو بكر وعمر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وعبد الرحمن وسعد فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكلموا فقال أبو بكر: يا رسول الله لوأنك أذنت لنا بالكلام ما كان لنا أن نتكلم معك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني فيما لم يوح إلي كأحدكم. فتكلموا فتكلم أبو بكر، وأمر بالرفق، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمعاذ: ما ترى؟ فقال بخلاف ما قال أبو بكر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله من فوق سمائه يكره أن يخطأ أبو بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW ingin menghantarnya ke Yaman, di situ terdapat Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talhah, al-Zubair, ‘Abd al-Rahman dan Sa‘d, baginda bersabda: Masing-masing, berilah ucapan sepatah dua kata.
Lalu Abu Bakr berkata: Wahai Rasulullah, walaupun kamu mengizinkan kami untuk memberi ucapan, kami tidak mampu memberikan sebarang ucapan dengan kehadiranmu. Baginda SAW menjawab: Jika tidak kerana saya diberi wahyu, maka saya sama sahaja seperti kalian. Berilah ucapan. Maka Abu Bakr pun memberikan pesanan kepada Mu‘az supaya berlembut. Rasulullah SAW bertanya kepada Mu‘az: Apakah pendapat kamu dengan pesanan Abu Bakr ini? Mu‘az berkata: Saya kurang bersetuju dengan pesanan Abu Bakr. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah dari atas langit-Nya tidak menyukai sekiranya Abu Bakr tidak dipersetujui.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1044-1045, hadis nombor 5336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يوجهه إلى اليمن وثم أبو بكر وعمر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وعبد الرحمن وسعد فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكلموا، فقال أبو بكر: يا رسول الله لوأنك أذنت لنا بالكلام ما كان لنا أن نتكلم معك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني فيما لم يوح إلي كأحدكم. فتكلموا فتكلم أبو بكر وأمر بالرفق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمعاذ: ما ترى؟ فقال بخلاف ما قال أبو بكر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله من فوق سمائه يكره أن يخطأ أبو بكر. [ابن شاهين في فضائل العشرة من السنة، الإسماعيلي، الضعيفة (1733)]

(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau menceritakan, Ketika Nabi SAW ingin menghantarnya ke Yaman, di situ terdapat Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Talhah, al-Zubair, ‘Abd al-Rahman dan Sa‘d, baginda bersabda: Masing-masing, berilah ucapan sepatah dua kata.
Lalu Abu Bakr berkata: Wahai Rasulullah, walaupun kamu mengizinkan kami untuk memberi ucapan, kami tidak mampu memberikan sebarang ucapan dengan kehadiranmu. Baginda SAW menjawab: Jika tidak kerana saya diberi wahyu, maka saya sama sahaja seperti kalian. Berilah ucapan. Maka Abu Bakr pun memberikan pesanan kepada Mu‘az supaya berlembut. Rasulullah SAW bertanya kepada Mu‘az: Apakah pendapat kamu dengan pesanan Abu Bakr ini? Mu‘az berkata: Saya kurang bersetuju dengan pesanan Abu Bakr. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah dari atas langit-Nya tidak menyukai sekiranya Abu Bakr tidak dipersetujui. [Riwayat Ibn Shahin dalam Fada’il al-‘Asharah daripada al-Sunnah dan al-Isma‘ili dalam Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1733]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs