Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ وملائِكتَهُ يُصلُّونَ على أصحابِ العَمائِمِ يومَ الجُمعةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis no. 1806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا:«إن الله عز وجل وملائكته يصلون على أصحاب العمائم يوم الجمعة». [طب، حل، «الضعيفة» (159)]

(Palsu) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam Kitab al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 159]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.