Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat

Teks Bahasa Arab

إنّ الله ومَلائِكتهُ يُصَلُّونَ على أصْحابِ العَمائِمِ يوم الجمعة.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas pemakai serban pada hari Jumaat.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 22, hadis no. 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Beginilah yang diriwayatkan oleh Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Ia daripada riwayat Ayub bin Mudrik dan dia adalah pendusta.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.