Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah cintakan hamba-Nya yang beriman, fakir, memelihara dirinya, serta menjadi ketua keluarga

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ يُحِبُّ عبدَه المؤمنَ الفقيرَ المتعفِّفَ أبا العِيَالِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah cintakan hamba-Nya yang beriman, fakir, memelihara dirinya, serta menjadi ketua keluarga.

Sahabat Perawi

  1. ‘Imran bin Hussain RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis no. 3028.

(ضعيف) عن عمران بن حصين – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يحب عبده ‌المؤمن ‌الفقير المتعفف أبا العيال)). [ه، عق، ((الضعيفة)) (51)].

(Lemah) Daripada ‘Imran bin Hussain RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah cintakan hamba-Nya yang beriman, fakir, memelihara dirinya, serta menjadi ketua keluarga. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Riwayat al-Uqayli dalam kitab al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 51].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.