Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله - عز وجل - يحب الصمت عند ثلاث، عند تلاوة القرآن وعند الزحف، وعند الجنازة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah cintakan diam pada tiga perkara: Mendengar pembacaan al-Quran, ketika perang dan ketika di sisi jenazah.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756, hadis no. 8844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (( إِنَّ الله عز وجل يُحِبُّ الصَّمْتَ عندَ ثلاثٍ: عندَ تِلاوةِ القُرآنِ، وعندَ الزَّحفِ، وعندَ الجنازة.)) [طب، ((الضعيفة)) (5728)].
(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah cintakan diam pada tiga perkara: Mendengar pembacaan al-Quran, ketika perang dan ketika di sisi jenazah.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5728].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman