Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah cinta terhadap hamba-Nya yang beriman, maka cintailah diri sendiri

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ ليغار لعبده المؤمن، فَلْيَغَرْ لنفسه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah cinta terhadap hamba-Nya yang beriman, maka cintailah diri sendiri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis no. 4805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: إن الله ليغار لعبده المؤمن، فليغر لنفسه. [ع، طس، القضاعي، الضعيفة (3131)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah cinta terhadap hamba-Nya yang beriman, maka cintailah diri sendiri. [Riwayat Musnad Abi Ya’la, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3131].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.