Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يُصلِّي على مَيَامِنِ الصُّفُوف.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berselawat terhadap orang yang berada di sebelah kanan susunan saf.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 320, hadis no. 1686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ) ((إن اللهَ يُصلِّي على مَيَامِنِ الصُّفُوفِ)). [((الضعيفة)) (5686) ]
(Tiada asal baginya dengan lafaz ini) Sesungguhnya Allah berselawat terhadap orang yang berada di sebelah kanan susunan saf. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5686]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman