Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah bersedekah kepada mereka yang berbuka kerana sakit dan musafir dalam kalangan umatku

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تَصَدَّقَ بإفطارِ الصيامِ على مَرْضَى أُمَّتِي ومُسَافِرِيهِم، أَفَيُحِبُّ أحدُكم أن يتصدقَ على أحدٍ بصدقةٍ ثم يَظَلُّ يَرُدُّها عليه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah bersedekah kepada mereka yang berbuka kerana sakit dan musafir dalam kalangan umatku. Adakah salah seorang daripada kamu suka apabila dia bersedekah dengan sesuatu sedekah, kemudian ia (sedekahnya) tetap ditolak?

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis no. 8691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- أنه سئل النبي -صلى الله عليه وسلم- عن الصوم في السفر. فقال: لن أفطر. وقال: إني أقوى على الصوم. فقال -صلى الله عليه وسلم-: ((إنَّ الله تصدق بإفطارِ الصيامِ على مَرْضَى أمتِي ومسافرِيهِم، أَفيحب أحدُكم أن يتصدقَ على أحد بصدقةٍ ثم يَظَلُّ يَرُدُّها عليه.)) [فر، الضعيفة ((2196))].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA: “Dia ditanya oleh Nabi SAW berkaitan puasa ketika bermusafir? Dia menjawab: Aku tidak akan berbuka, dan dia berkata lagi: Sesungguhnya aku amat kuat untuk berpuasa! Maka Baginda berkata: ((Sesungguhnya Allah bersedekah kepada mereka yang berbuka kerana sakit dan musafir dalam kalangan umatku. Adakah salah seorang daripada kamu suka apabila dia bersedekah dengan sesuatu sedekah, kemudian ia (sedekahnya) tetap ditolak?)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2196].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.