Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ يَقُولُ: يَا ابْنَ آدَمَ! إِنَّكَ إِذَا ذَكَرْتَنِي شَكَرْتَنِي، وَإِذَا نَسِيتَنِي كَفَرْتَنِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berkata: Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau mengingati-Ku (berzikir menyebut-Ku) maka engkau telah bersyukur kepada-Ku dan jika kamu lupa akan-Ku, maka engkau telah mengkufuri-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis no. 7661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau mengingati-Ku (berzikir menyebut-Ku) maka engkau telah bersyukur kepada-Ku dan jika kamu lupa akan-Ku, maka engkau telah mengkufuri-Ku.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5121].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman