Sesungguhnya Allah berkata kepada malaikat: Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan berikanlah ujian kepadanya dengan sebenar-benar ujian

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبد ي فصبوا عليه البلاء صباً. فليأتونه فيصبون عليه البلاء صباً، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berkata kepada malaikat: Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan berikanlah ujian kepadanya dengan sebenar-benar ujian.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489, hadis nombor 7596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة مرفوعاً: إن الله عز وجل يقول للملائكة: “انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صباً”. فليأتونه فيصبون عليه البلاء صباً، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: “ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته”. [الملخص في ((العاشر من حديثه))، طب البغوي، ((الضعيفة))(4994)].

(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’: Sesungguhnya Allah berkata kepada malaikat: “Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan timpakanlah sebenar-benar ujian ke atasnya.” Maka malaikat mendatanginya dan menimpakan kepadanya ujian lalu dia (hamba tersebut) memuji Allah. Setelah itu mereka (malaikat) pulang dan berkata: Wahai Tuhan kami! Kami telah menimpakan ke atasnya ujian sepertimana yang Kamu perintahkan kepada kami. Allah berkata lagi: “Kembalilah kamu! Sesungguhnya aku suka untuk mendengar suaranya.” [al-Mulakkhas fi al-‘Ashir min hadithihi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4994]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs