Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله عز وجل يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبد ي فصبوا عليه البلاء صباً. فليأتونه فيصبون عليه البلاء صباً، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berkata kepada malaikat: Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan berikanlah ujian kepadanya dengan sebenar-benar ujian.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah al-Bahili RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489, hadis no. 7596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة مرفوعاً: إن الله عز وجل يقول للملائكة: "انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صباً". فليأتونه فيصبون عليه البلاء صباً، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: "ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته". [الملخص في ((العاشر من حديثه))، طب البغوي، ((الضعيفة))(4994)].
(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah berkata kepada malaikat: "Pergilah kamu kepada hamba-Ku dan timpakanlah sebenar-benar ujian ke atasnya." Maka malaikat mendatanginya dan menimpakan kepadanya ujian lalu dia (hamba tersebut) memuji Allah. Setelah itu mereka (malaikat) pulang dan berkata: Wahai Tuhan kami! Kami telah menimpakan ke atasnya ujian sepertimana yang Kamu perintahkan kepada kami. Allah berkata lagi: "Kembalilah kamu! Sesungguhnya aku suka untuk mendengar suaranya.” [al-Mulakkhas fi al-‘Ashir min hadithihi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4994]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman