Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ قال: أنَاْ خلقتُ الخيرَ والشَّرَّ، فطوبَى لِمَنْ قَدَّرْتُ على يدِه الخيرَ، وويلٌ لِمَنْ قَدَّرْتُ على يدِه الشَّرَّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berkata: Aku telah ciptakan kebaikan dan keburukan, maka berbahagialah untuk sesiapa yang Aku takdirkan pada tangannya kebaikan, dan kecelakaanlah untuk sesiapa yang Aku takdirkan pada tangannya keburukan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis no. 9994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما - مرفوعا: «إن الله قال: أنا خلقت الخير والشر، فطوبى لمن قدرت على يده الخير، وويل لمن قدرت على يده الشر». [طب، «الضعيفة» (2429)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah berkata: Aku telah ciptakan kebaikan dan keburukan, maka berbahagialah untuk sesiapa yang Aku takdirkan pada tangannya kebaikan, dan kecelakaanlah untuk sesiapa yang Aku takdirkan pada tangannya keburukan”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2429].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman