Sesungguhnya Allah berjanji kepada hamba-Nya dengan ujian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليتعاهد عبده بالبلاء كما يتعاهد الوالد ولده بالخير، وإن الله تعالى ليحمي عبده المؤمن الدنيا كما يحمي المريض أهله الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berjanji kepada hamba-Nya dengan ujian, seperti mana seorang bapa berjanji dengan anaknya dengan kebaikan. Dan sesungguhnya Allah taala akan menjaga hamba-Nya yang beriman daripada dunia, seperti mana ahli keluarga menjaga seorang yang sakit dalam pemakanannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis nombor 10094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
ان اللهَ لَيَتَعاهدُ عبدَه بالبلاءِ كما يَتَعاهدُ الوالدُ ولدَه بالخيرِ، وإن اللهَ تعالى لَيَحْمِي عبدَه المؤمنَ الدنيا كما يَحْمِى المريضَ أهلُه الطعامَ.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3102)]

(Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah berjanji kepada hamba-Nya dengan ujian, seperti mana seorang bapa berjanji dengan anaknya dengan kebaikan. Dan sesungguhnya Allah taala akan menjaga hamba-Nya yang beriman daripada dunia, seperti mana ahli keluarga menjaga seorang yang sakit dalam pemakanannya.
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3102]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.