Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ قالَ: يا عيسى! إني باعثٌ مِن بعدِكَ أُمةً إن أصابهُم ما يُحبونَ حمدُوا اللهَ، وإنْ أصابهُم ما يَكرهون احتسَبوا وصَبروا، ولا حلمَ ولا علمَ. فقال: يا ربِّ! كيفَ يكونُ هذا لهُم ولا حِلمَ ولا عِلمَ؟! قال: أُعطيهمْ منْ حِلمي وعِلمي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai ‘Isa! Sesungguhnya Aku mengutuskan selepas kamu suatu umat yang mana sekiranya mereka mendapat apa yang mereka sukai, mereka akan memuji Allah. Manakala jika menimpa mereka perkara yang mereka tidak suka, mereka akan mengharapkan ganjaran dan juga bersabar, tidak ada ketenangan dan juga ilmu. Lalu beliau berkata: Wahai Tuhan, bagaimana berlaku sebegini bagi mereka namun tidak ada ketenangan dan juga ilmu? Allah menjawab: Aku memberikan mereka ketenangan-Ku dan juga ilmu-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis no. 417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: سمعت أبا القاسم -صلى الله عليه وسلم- يقول: إنّ الله قال: يا عيسى! إنّي باعثٌ من بعدك أمةً إن أصابهم ما يحبّون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلمَ ولا علمَ. فقال: يا ربّ! كيف يكون هذا لهم ولا حلمَ ولا علمَ؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي. [ك، حم، حل، ابن أبي الدنيا في ((الصبر))، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4991)]
(Daif) Daripada Abu Al-Darda’ R.A beliau berkata: Aku mendengar Abu al-Qasim S.A.W baginda bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai ‘Isa! Sesungguhnya Aku mengutuskan selepas kamu suatu umat yang mana sekiranya mereka mendapat apa yang mereka sukai, mereka akan memuji Allah. Manakala jika menimpa mereka perkara yang mereka tidak suka, mereka akan mengharapkan ganjaran dan juga bersabar, tidak ada ketenangan dan juga ilmu. Lalu beliau berkata: Wahai Tuhan, bagaimana berlaku sebegini bagi mereka namun tidak ada ketenangan dan juga ilmu? Allah menjawab: Aku memberikan mereka ketenangan-Ku dan juga ilmu-Ku. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad dalam al-Musnad, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣābr, al-Kharā’iṭī dalam Faḍīlah al-Shukr, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab dan Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4991]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman