Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai hamba-Ku! Setiap daripada kamu adalah pendosa

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يقول: يا عبادي! كلكم مذنب إلا من عافيت؛ فاستغفروني أغفر لكم، وكلكم فقير إلا من أغنيت، إني جواد ماجد واجد؛ أفعل ما أشاء، عطائي كلام، وعذابي كلام؛ إذا أردت شيئا فإنما أقول له: كن فيكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai hamba-Ku! Setiap daripada kamu adalah pendosa kecuali bagi sesiapa yang Aku berikan keampunan, dan mohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku mengampunimu. Setiap daripada kamu adalah miskin kecuali bagi sesiapa yang Aku kayakannya. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia dan Maha Pemberi, Aku melakukan segala perkara yang Aku mahu. Hadiah-Ku adalah (dengan) kata-kata. Azab-Ku juga adalah (dengan) kata-kata. Jika Aku inginkan sesuatu Aku berkata padanya: Jadi, maka jadilah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2038 hadis nombor 10261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي ذر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ن الله – تعالى – يقول: يا عبادي! كلكم مذنب إلا من عافيت، فاستغفروني أغفر لكم، وكلكم فقير إلا من أغنيت، إني جواد ماجد واجد، أفعل ما أشاء، عطائي كلام، وعذابي كلام، إذا أردت شيئا فإنما أقول له: كن فيكون.
[حم، ((الضعيفة)) (5375)]

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai hamba-Ku! Setiap daripada kamu adalah pendosa kecuali bagi sesiapa yang Aku berikan keampunan, dan mohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku mengampunimu. Setiap daripada kamu adalah miskin kecuali bagi sesiapa yang Aku kayakannya. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia dan Maha Pemberi, Aku melakukan segala perkara yang Aku mahu. Hadiah-Ku adalah (dengan) kata-kata. Azab-Ku juga adalah (dengan) kata-kata. Jika Aku inginkan sesuatu Aku berkata padanya: Jadi, maka jadilah.
[Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5375]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs