Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah berfirman: Aku ialah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku, pemilik sekalian raja, raja kepada sekalian raja, jiwa para raja berada pada kedua-dua tangan-Ku

Teks Bahasa Arab

إن الله -عز وجل- يقول: أنا الله لا إله إلا أنا، مالك الملوك، وملك الملوك، قلوب الملوك في يدي، وإن العباد إذا أطاعوني حولت قلوبهم عليهم بالسخط والنقمة، فساموهم سوء العذاب، فلا تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك، ولكن اشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع [إليّ] أكفكم ملوككم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah berfirman: Aku ialah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku, pemilik sekalian raja, raja kepada sekalian raja, jiwa para raja berada pada kedua-dua tangan-Ku. Sesungguhnya hamba-hamba itu apabila mereka mentaati Aku, nescaya Aku palingkan hati mereka kepada mereka dengan kemarahan dan dendam, sehingga mereka ditimpa azab yang buruk. Maka janganlah kalian sibukkan diri kalian dengan berdoa kepada raja-raja, tetapi sibukkanlah diri kalian dengan berzikir dan tunduk [kepada-Ku], nescaya Aku akan melindungi kalian daripada raja-raja kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 452, hadis no. 2423.

(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله -عز وجل- يقول: أنا الله لا إله إلا أنا، مالك الملوك، وملك الملوك، قلوب الملوك في يدي، وإن العباد إذا أطاعوني حولت قلوبهم عليهم بالسخط والنقمة، فساموهم سوء العذاب، فلا تشغلوا أنفسكم بالدعاء على الملوك، ولكن اشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع [إليّ] أكفكم ملوككم». [ابن حبان في «الضعفاء»، طس، حل، «الضعيفة» (1466)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: Aku ialah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku, pemilik sekalian raja, raja kepada sekalian raja, jiwa para raja berada pada kedua-dua tangan-Ku. Sesungguhnya hamba-hamba itu apabila mereka mentaati Aku, nescaya Aku palingkan hati mereka kepada mereka dengan kemarahan dan dendam, sehingga mereka ditimpa azab yang buruk. Maka janganlah kalian sibukkan diri kalian dengan berdoa kepada raja-raja, tetapi sibukkanlah diri kalian dengan berzikir dan tunduk [kepada-Ku], nescaya Aku akan melindungi kalian daripada raja-raja kalian.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1466].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.