Sesungguhnya Allah berbicara dengan Nabi Musa AS dengan seratus empat puluh ribu patah perkataan selama tiga hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى ناجى موسى بمئة ألف وأربعين ألف كلمة في ثلاثة أيام؛ وصايا كلها، فلما سمع موسى كلام الآدميين؛ مقتهم مما وقع في مسامعه من كلام الرب، وكان فيما ناجاه أن قال: يا موسى! إنه لم يتصنع المتصنعون لي بمثل الزهد في الدنيا، ولم يتقرب إلي المتقربون بمثل الورع عما حرمت عليهم، ولا تعبدني العابدون بمثل البكاء من خيفتي. فقال موسى: يا إله البرية كلها! ويا مالك يوم الدين! يا ذا الجلال والإكرام! فماذا أعددت لهم؟ وماذا جزيتهم؟ قال: يا موسى! أما الزاهدون في الدنيا؛ فإني أبيحهم جنتي، يتبوؤون حيث يشاؤون، وأما الورعون عما حرمت عليهم؛ فإنه ليس من عبد يلقاني يوم القيامة إلا ناقشته الحساب، وفتشته عما كان في يديه إلا ما كان من الورعين؛ فإني أستحييهم وأجلهم، [وأكرمهم]؛ فأدخلهم الجنة بغير حساب، وأما البكاؤون من خيفتي؛ فلهم الرفيق الأعلى، لا يشاركون فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berbicara dengan Nabi Musa AS dengan seratus empat puluh ribu patah perkataan selama tiga hari, kesemuanya merupakan pesanan. Maka ketika Nabi Musa mendengar ucapan manusia, baginda memarahi mereka kerana apa yang sampai pada pendengarannya daripada ucapan Tuhan dan antara yang Allah bicarakan kepadanya ialah Dia berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya belum ada orang yang bersusah payah untuk-Ku sepertimana orang yang zuhud di dunia, dan belum ada yang mendekati-Ku sepertimana orang yang warak (menahan diri) dari apa yang Aku haramkan buat mereka, dan belum ada orang yang menyembah-Ku sepertimana tangisan kerana takut akan-Ku". Maka Nabi Musa berkata: "Wahai Tuhan sekalian ciptaan! Wahai pemilik hari pembalasan! Wahai pemilik kebesaran dan kemuliaan! Apakah yang Engkau telah sediakan untuk mereka? Apakah yang Engkau ganjarkan buat mereka?" Allah berfirman: "Wahai Musa! Adapun bagi mereka yang zuhud di dunia, sesungguhnya Aku izinkan bagi mereka (untuk masuk) syurga-Ku, mereka mengambil tempat mereka sepertimana yang mereka mahukan. Adapun bagi mereka yang warak terhadap apa yang telah Aku haramkan buat mereka, sesungguhnya tiada seorang hamba pun yang menghadap-Ku pada hari kiamat melainkan akan Aku menelitinya dengan hisab dan Aku selidiki apa yang ada dalam tangannya, melainkan buat mereka yang warak, kerana sesungguhnya Aku malu dengan mereka dan Aku memuliakan [dan menghormati] mereka, maka Aku masukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab. Adapun bagi mereka yang menangis kerana takut akan-Ku, maka bagi mereka teman yang tertinggi dan mereka tidak berkongsi padanya".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501-502, hadis nombor 2682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله تعالى ناجى موسى بمئة ألف وأربعين ألف كلمة في ثلاثة أيام؛ وصايا كلها، فلما سمع موسى كلام الآدميين؛ مقتهم مما وقع في مسامعه من كلام الرب، وكان فيما ناجاه أن قال: يا موسى! إنه لم يتصنع المتصنعون لي بمثل الزهد في الدنيا، ولم يتقرب إلي المتقربون بمثل الورع عما حرمت عليهم، ولا تعبدني العابدون بمثل البكاء من خيفتي. فقال موسى: يا إله البرية كلها! ويا مالك يوم الدين! يا ذا الجلال والإكرام! فماذا أعددت لهم؟ وماذا جزيتهم؟ قال: يا موسى! أما الزاهدون في الدنيا؛ فإني أبيحهم جنتي، يتبوؤون حيث يشاؤون، وأما الورعون عما حرمت عليهم؛ فإنه ليس من عبد يلقاني يوم القيامة إلا ناقشته الحساب، وفتشته عما كان في يديه إلا ما كان من الورعين؛ فإني أستحييهم وأجلهم، [وأكرمهم]؛ فأدخلهم الجنة بغير حساب، وأما البكاؤون من خيفتي؛ فلهم الرفيق الأعلى، لا يشاركون فيه». [طس، طب، هب، الأصبهاني، «الضعيفة» (5258)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah berbicara dengan Nabi Musa AS dengan seratus empat puluh ribu patah perkataan selama tiga hari, kesemuanya merupakan pesanan. Maka ketika Nabi Musa mendengar ucapan manusia, baginda memarahi mereka kerana apa yang sampai pada pendengarannya daripada ucapan Tuhan dan antara yang Allah bicarakan kepadanya ialah Dia berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya belum ada orang yang bersusah payah untuk-Ku sepertimana orang yang zuhud di dunia, dan belum ada yang mendekati-Ku sepertimana orang yang warak (menahan diri) dari apa yang Aku haramkan buat mereka, dan belum ada orang yang menyembah-Ku sepertimana tangisan kerana takut akan-Ku". Maka Nabi Musa berkata: "Wahai Tuhan sekalian ciptaan! Wahai pemilik hari pembalasan! Wahai pemilik kebesaran dan kemuliaan! Apakah yang Engkau telah sediakan untuk mereka? Apakah yang Engkau ganjarkan buat mereka?" Allah berfirman: "Wahai Musa! Adapun bagi mereka yang zuhud di dunia, sesungguhnya Aku izinkan bagi mereka (untuk masuk) syurga-Ku, mereka mengambil tempat mereka sepertimana yang mereka mahukan. Adapun bagi mereka yang warak terhadap apa yang telah Aku haramkan buat mereka, sesungguhnya tiada seorang hamba pun yang menghadap-Ku pada hari kiamat melainkan akan Aku menelitinya dengan hisab dan Aku selidiki apa yang ada dalam tangannya, melainkan buat mereka yang warak, kerana sesungguhnya Aku malu dengan mereka dan Aku memuliakan [dan menghormati] mereka, maka Aku masukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab. Adapun bagi mereka yang menangis kerana takut akan-Ku, maka bagi mereka teman yang tertinggi dan mereka tidak berkongsi padanya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5258].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.