Sesungguhnya Allah berbangga dengan seorang pemuda yang kuat beribadah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يباهي بالشاب العابد الملائكة، يقول: انظروا إلى عبدي ترك شهوته من أجلي، أيها الشاب أنت عندي كبعض ملائكتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berbangga dengan seorang pemuda yang kuat beribadah kepada para malaikat-Nya, Dia berkata: Lihatlah kepada hamba-Ku ini, dia meninggalkan nafsu syahwatnya kerana-Ku. Wahai pemuda, kamu di sisi-Ku seperti sebahagian para malaikat-Ku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis nombor 10097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن طلحة – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله يباهي بالشاب العابد الملائكة، يقول: انظروا إلى عبدي ترك شهوته من أجلي، أيها الشاب أنت عندي كبعض ملائكتي.
[فر، ((الضعيفة)) (3113)]

(Palsu)
Daripada Talhah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah berbangga dengan seorang pemuda yang kuat beribadah kepada para malaikat-Nya, Dia berkata: Lihatlah kepada hamba-Ku ini, dia meninggalkan nafsu syahwatnya kerana-Ku. Wahai pemuda, kamu di sisi-Ku seperti sebahagian para malaikat-Ku.
[Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3113]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs