Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang rajin beribadat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ‌يباهي ‌بالشاب العابد الملائكة، يقول: انظروا إلى عبدي ترك شهوته من أجلي، أيها الشاب أنت عندي كبعض ملائكتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang rajin beribadat (dihadapan) para malaikat. Allah berkata: Lihatlah hambaku ini meninggalkan syahwatnya keranaku, wahai pemuda engkau di sisiku seperti sebahagian malaikatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن طلحة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله ‌يباهي ‌بالشاب العابد الملائكة، يقول: انظروا إلى عبدي ترك شهوته من أجلي، أيها الشاب أنت عندي كبعض ملائكتي)). [فر، ((الضعيفة)) (3113)].

(Palsu)
Daripada Talhah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang rajin beribadat (dihadapan) para malaikat. Allah berkata: Lihatlah hambaku ini meninggalkan syahwatnya keranaku, wahai pemuda engkau di sisiku seperti sebahagian malaikatku.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3113].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.