Palsu
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يُباهي بالشابِّ العابِدِ الملائكةَ، يقولُ: انظُروا إلى عَبْدِي ترك شهوتَه من أَجْلِي، أَيُّهَا الشَّابُّ أنت عندي كبعضِ ملائكتي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang rajin beribadat (dihadapan) para malaikat. Allah berkata: Lihatlah hambaku ini meninggalkan syahwatnya keranaku, wahai pemuda engkau di sisiku seperti sebahagian malaikatku.
Sahabat Perawi
- Talhah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis no. 3187. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن طلحة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يباهي بالشاب العابد الملائكة، يقول: انظروا إلى عبدي ترك شهوته من أجلي، أيها الشاب أنت عندي كبعض ملائكتي)). [فر، ((الضعيفة)) (3113)].
(Palsu) Daripada Talhah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang rajin beribadat (dihadapan) para malaikat. Allah berkata: Lihatlah hambaku ini meninggalkan syahwatnya keranaku, wahai pemuda engkau di sisiku seperti sebahagian malaikatku.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3113].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman