Sesungguhnya Allah Azzwajalla tidak akan mengazab hamba-hamba-Nya melainkan mereka yang derhaka lagi ingkar terhadap Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – لا يعذب من عباده إلا المارد المتمرد الذي يتمرد على الله، ويأبى أن يقول: لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan mengazab hamba-hamba-Nya melainkan mereka yang derhaka lagi ingkar terhadap Allah serta enggan mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467-468, hadis nombor 2507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: كان النبي ﷺ في بعض غزواته، فمر بقوم، فقال: من القوم؟ قالوا: نحن مسلمون، وامرأة تحصب تنورا لها ومعها ابن لها، فإذا ارتفع وهج التنور تنحت به، فأتت النبي ﷺ فقالت: أنت رسول الله؟ قال: «نعم»، قالت: بأبي وأمي! أليس الله أرحم الراحمين؟ قال: «بلى»، قالت أليس الله أرحم بالعباد من الأم بولدها؟ قال: «بلى». قالت: فإن الأم لا تلقي ولدها في النار، فأكب رسول الله ﷺ يبكي، ثم رفع رأسه إليها فقال: «إن الله – عز وجل – لا يعذب من عباده إلا المارد المتمرد الذي يتمرد على الله، ويأبى أن يقول: لا إله إلا الله». [هـ، عق، «الضعيفة» (3109)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Ketika Nabi ﷺ berada pada salah satu peperangannya, baginda telah melintasi suatu kaum, lantas bertanya: “Siapakah kaum ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah kaum muslimin.” Seorang wanita sedang meratakan sebuah dapur tanah kepunyaannya dan bersamanya ada anaknya. Apabila nyalaan api dapur itu menjulang naik, wanita itu menjauhkan anaknya. Kemudian dia datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: “Adakah kamu Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ya.” Wanita tersebut bertanya: “Bapaku dan ibuku (sanggup ku tebus demimu)! Bukankah Allah itu Maha Penyayang daripada kalangan penyayang?” Baginda menjawab: “Benar.” Wanita itu bertanya: “Bukankah Allah itu lebih menyayangi hamba-hamba-Nya melebihi seorang ibu kepada anaknya?” Baginda menjawab: “Benar.” Dia berkata: “Kerana sesungguhnya seorang ibu itu tidak akan melemparkan anaknya ke dalam api.” Lantas Rasulullah ﷺ tunduk dan menangis, kemudian baginda mengangkat kepalanya ke arah wanita tersebut dan bersabda: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan mengazab hamba-hamba-Nya melainkan mereka yang derhaka lagi ingkar terhadap Allah serta enggan mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah ”. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu'afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3109].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs