Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ - عز وجل - لَا يُعَذِّبُ مِنْ عِبَادِهِ إِلَّا الْمَارِدَ الْمُتَمَرِّدَ الَّذِي يَتَمَرَّدُ عَلَى اللهِ، وَيأبَى أَنْ يَقُولَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan mengazab hamba-hamba-Nya melainkan mereka yang derhaka lagi ingkar terhadap Allah serta enggan mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467-468, hadis no. 2507.
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Ketika Nabi ﷺ berada pada salah satu peperangannya, baginda telah melintasi suatu kaum, lantas bertanya: “Siapakah kaum ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah kaum muslimin.” Seorang wanita sedang meratakan sebuah dapur tanah kepunyaannya dan bersamanya ada anaknya. Apabila nyalaan api dapur itu menjulang naik, wanita itu menjauhkan anaknya. Kemudian dia datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: “Adakah kamu Rasulullah?” Baginda menjawab: “Ya.” Wanita tersebut bertanya: “Bapaku dan ibuku (sanggup ku tebus demimu)! Bukankah Allah itu Maha Penyayang daripada kalangan penyayang?” Baginda menjawab: “Benar.” Wanita itu bertanya: “Bukankah Allah itu lebih menyayangi hamba-hamba-Nya melebihi seorang ibu kepada anaknya?” Baginda menjawab: “Benar.” Dia berkata: “Kerana sesungguhnya seorang ibu itu tidak akan melemparkan anaknya ke dalam api.” Lantas Rasulullah ﷺ tunduk dan menangis, kemudian baginda mengangkat kepalanya ke arah wanita tersebut dan bersabda: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan mengazab hamba-hamba-Nya melainkan mereka yang derhaka lagi ingkar terhadap Allah serta enggan mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah ”. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu'afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3109].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman