Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah mengharamkan negeri ini pada hari Dia menciptakan langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – حرم هذا البلد يوم خلق السماوات والأرض، وصاغه حين صاغ الشمس والقمر، وما حياله من السماء حرام، وإنه لم يحل لأحد قبلي، وإنه أحل لي ساعة من نهار، ثم عاد كما كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah mengharamkan negeri ini pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, Dia membentuknya ketika Dia membentuk matahari dan bulan, dan apa yang setentang dengannya di langit adalah haram. Sesungguhnya Dia mengharamkan negeri ini kepada orang sebelumku. Dia memberi kepadaku untuk satu tempoh masa sahaja pada waktu siang, dan (apabila tempoh masa itu habis) ia akan kembali kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis nombor 9194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-ـ عن النبي – صلى الله عليه وسلم- قال: ((إن الله – عز وجل – حرم هذا البلد يوم خلق السماوات والأرض، وصاغه حين صاغ الشمس والقمر، وما حياله من السماء حرام، وإنه لم يحل لأحد قبلي، وإنه أحل لي ساعة من نهار، ثم عاد كما كان)). فقيل له: هذا خالد بن الوليد يقتل، فقال: ((قم يا فلان فائت خالد بن الوليد فقل له: فليرفع يده من القتل))، فأتاه الرجل، فقال له: إن النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((اقتل من قدرت عليه))! فقتل سبعين إنساناً، فأتي النبي -صلى الله عليه وسلم – فذكر ذلك له، فأرسل إلى خالد فقال: ((ألم أنهك عن القتل؟!)) فقال: جاءني فلان فأمرني أن أقتل من قدرت عليه! فأرسل إليه النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((ألم آمرك أن تأمر خالداً أن لا يقتل أحدا))؟! فقال: أردت أمراً، وأراد الله أمراً، وكان أمر الله فوق أمرك، وما استطعت إلا الذي كان! فسكت عنه النبي – صلى الله عليه وسلم-، فما رد عليه شيئاً. [طس، طب، ((الضعيفة)) (3070)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Ibnu Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah mengharamkan negeri ini pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, Dia membentuknya ketika Dia membentuk matahari dan bulan, dan apa yang setentang dengannya di langit adalah haram. Sesungguhnya Dia mengharamkan negeri ini kepada orang sebelumku. Dia memberi kepadaku untuk satu tempoh masa sahaja pada waktu siang, dan (apabila tempoh masa itu habis) ia akan kembali kepada-Nya." Dikatakan kepada Baginda: “Khalid al-Walid sedang membunuh.” Maka, Baginda bersabda: “Bangkitlah wahai fulan! Pergilah engkau kepada Khalid, dan katakanlah kepadanya: Angkatlah tanganmu daripada perbuatan membunuh.” Lalu, fulan itu mendatangi Khalid dan dia berkata kepada Khalid: “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Bunuhlah manusia yang engkau mampu menguasainya.” Kemudian, Khalid membunuh 70 orang. Maka, fulan (yang lain) berjumpa Nabi SAW dan melaporkan tentang perbuatan Khalid, lalu diutuskan fulan kepada Khalid, dia berkata: “Bukankah kamu dilarang membunuh?!”Lalu, Khalid berkata: “Telah datang kepadaku seorang fulan menyuruhku membunuh orang-orang yang aku mampu kalahkan mereka.” Lalu disampaikan kata-kata Khalid kepada Nabi SAW: “Bukankah aku telah memerintahkan kamu untuk memerintahkan Khalid supaya tidak membunuh sesiapa pun?" Fulan (yang pertama) berkata: “Engkau memberi perintah, dan Allah juga memberi perintah, dan perintah Allah mengatasi perintah engkau, dan aku hanya mampu melakukan apa yang termampu olehku!” Nabi SAW terdiam mendengarnya, dan Baginda tidak membalas apa-apa. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3070]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs