Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ - جَلَّ وَعَزَّ - يَنْزِلُ إلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا، وَلَهُ فِي كُلِّ سَمَاءٍ كُرْسِيٌّ، فَإِذَا نَزَلَ إلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا؛ جَلَسَ عَلَى كُرْسِيِّهِ، ثُمَّ مَدَّ سَاعِدَيْهِ فَيَقُولُ: مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ غَيْرَ عَادِمٍ وَلَا ظَلُومٍ؟ مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ؟ مَنْ ذَا الَّذِي يَتُوبُ فَأتُوبَ عَلَيْهِ؟ فَإِذَا كَانَ عِنْدَ الصُّبُحِ؛ ارْتَفَعَ، فَجَلَسَ عَلَى كُرْسِيِّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azzawajalla turun ke langit dunia, dalam keadaan pada setiap langit ada Kursi bagi-Nya. Maka apabila Dia turun ke langit dunia, Dia akan bersemayam di Kursi-Nya kemudian Dia merentangkan kedua-dua lengan-Nya lalu berfirman: "Siapakah yang memberi hutang kepada (Tuhan) yang tidak miskin dan tidak zalim (iaitu melakukan amal soleh)? Siapakah yang memohon pengampunan kepada-Ku maka Aku ampuninya? Siapakah yang ingin bertaubat dan Aku menerima taubatnya?". Lalu apabila menjelang waktu pagi, Dia akan meninggi dan bersemayam di atas Kursi-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 536-537, hadis no. 2833.
(باطل بذكر (الكرسي والجلوس)) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ قال: «إن الله - جل وعز - ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا؛ جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم؟ من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟ من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح؛ ارتفع، فجلس على كرسيه». [ابن منده في «الرد على الجهمية»، «الضعيفة» (6334)].
(Bāṭil Dengan Sebutan "Kursi" dan "semayam") Daripada Abū Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azzawajalla turun ke langit dunia, dalam keadaan pada setiap langit ada Kursi bagi-Nya. Maka apabila Dia turun ke langit dunia, Dia akan bersemayam di Kursi-Nya kemudian Dia merentangkan kedua-dua lengan-Nya lalu berfirman: "Siapakah yang memberi hutang kepada (Tuhan) yang tidak miskin dan tidak zalim (iaitu melakukan amal soleh)? Siapakah yang memohon pengampunan kepada-Ku maka Aku ampuninya? Siapakah yang ingin bertaubat dan Aku menerima taubatnya?". Lalu apabila menjelang waktu pagi, Dia akan meninggi dan bersemayam di atas Kursi-Nya. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Radd ‘alā al-Jahmiyyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6334].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman