Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menambahkan bantuan buatku pada hari Badar dan Hunain

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل أمدني يوم بدر وحنين بملائكة يعتمون هذه العمة، إن العمامة حاجزة بين الكفر والإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menambahkan bantuan buatku pada hari Badar dan Hunain dengan malaikat yang berserban ini. Sesungguhnya serban ialah pemisah antara kafir dan iman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis nombor 5098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: عممني رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم غدير خم بعمامة ‌سدلها خلفي، ثم قال:((إن الله عز وجل أمدني يوم بدر وحنين بملائكة يعتمون هذه العمة، إن العمامة حاجزة بين الكفر والإيمان. ورأى رجلاً يرمي بقوس فارسية)) فقال: ((ارم بها)). ثم نظر إلى قوس عربية فقال: ((عليكم بهذه وأمثالها ورماح القنا، فإن بهذه يمكن الله لكم في البلاد، ويؤيدكم في النصر)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (3052)]

(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memakaikanku serban pada hari Ghadir (mata air) Khum dengan serban yang dilepaskan ekornya ke belakangku. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menambahkan bantuan buatku pada hari Badar dan Hunain dengan malaikat yang berserban ini. Sesungguhnya serban ialah pemisah antara kafir dan iman. Baginda melihat seorang lelaki memanah dengan busur Parsi, lalu Baginda berkata: Panahlah dengannya. Kemudian baginda melihat busur Arab lalu baginda berkata: Hendaklah kamu menggunakan ini, sesuatu seumpamanya dan lembing al-Qana (sejenis lembing Arab), kerana sesungguhnya dengan inilah Allah akan memberikan kamu negeri-negeri, dan membantumu dengan kemenangan. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs