Sesungguhnya Allah Azzawajalla menjamin keselamatan dan kelepasan di atas titian sirat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – ضمن لمن كانت المساجد بيته الأمن والجواز على الصراط يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla menjamin keselamatan dan kelepasan di atas titian sirat pada hari kiamat bagi orang yang masjid-masjid itu (menjadi) rumahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis nombor 1961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – قال: لتكن المساجد بيتك، فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إن الله – عز وجل – ضمن لمن كانت المساجد بيته الأمن والجواز على الصراط يوم القيامة». [البزار، «الضعيفة» (6720)].

(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Hendaklah masjid-masjid itu menjadi rumah kamu, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla menjamin keselamatan dan kelepasan di atas titian sirat pada hari kiamat bagi orang yang masjid-masjid itu (menjadi) rumahnya". [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6720].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs