Sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki pasukan-pasukan malaikat yang menduduki dan berdiri di majlis-majlis zikir di bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن لله – عز وجل – سرايا من الملائكة تحل، وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة. قالوا: وأين رياض الجنة؟ قال: مجالس الذكر، فاغدوا وروحوا في ذكر الله – عز وجل -، وذكروه بأنفسكم. من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله؛ فلينظر كيف منزلة الله عنده؛ فإن الله – عز وجل – ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki pasukan-pasukan malaikat yang menduduki dan berdiri di majlis-majlis zikir di bumi. Maka hendaklah kalian berehat di taman-taman syurga". Lalu para sahabat bertanya: “Di manakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab: “Majlis-majlis zikir, maka pergilah kalian pada waktu pagi dan petang untuk berzikir kepada Allah Azzawajalla, dan ingatlah akan Dia dengan diri kalian sendiri. Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya. Kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla meletakkan (kedudukan) seorang hamba di sisi-Nya sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam dirinya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 538, hadis nombor 2837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: خرج علينا رسول الله ﷺ فقال: «إن لله – عز وجل – سرايا من الملائكة تحل، وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة. قالوا: وأين رياض الجنة؟ قال: مجالس الذكر، فاغدوا وروحوا في ذكر الله – عز وجل -، وذكروه بأنفسكم. من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله؛ فلينظر كيف منزلة الله عنده؛ فإن الله – عز وجل – ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه». [ع، ابن حبان في «الضعفاء»، البزار، عبد بن حميد، طس، ك، هب، البيهقي في «الدعوات»، «الضعيفة» (6205، 5427)].

(Lemah) Daripada Jābir bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ keluar bertemu dengan kami lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki pasukan-pasukan malaikat yang menduduki dan berdiri di majlis-majlis zikir di bumi. Maka hendaklah kalian berehat di taman-taman syurga". Lalu para sahabat bertanya: “Di manakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab: “Majlis-majlis zikir, maka pergilah kalian pada waktu pagi dan petang untuk berzikir kepada Allah Azzawajalla, dan ingatlah akan Dia dengan diri kalian sendiri. Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya. Kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla meletakkan (kedudukan) seorang hamba di sisi-Nya sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam dirinya”. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, al-Bazzār dalam Musnadnya, ‘Abd bin Ḥumayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Da‘awāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6205, 5427].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs