Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Azzawajalla berfirman: Aku akan memberi balasan seksa kepada orang yang Aku murkai dengan (menggunakan) orang yang Aku murkai

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللهَ - عَزَّ وَجَلَّ - يَقُولُ: أَنْتَقِمُ مِمَّن أُبْغِضُ بِمَنْ أُبْغِضُ، ثُمَّ أُصَيِّر كُلاً إِلَى النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Azzawajalla berfirman: Aku akan memberi balasan seksa kepada orang yang Aku murkai dengan (menggunakan) orang yang Aku murkai, kemudian Aku akan humban mereka berdua ke dalam api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502, hadis no. 2684.

(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله - عز وجل - يقول: أنتقم ممن أبغض بمن أبغض، ثم أصير كلاً إلى النار». [طس، «الضعيفة» (5441)].

(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla berfirman: Aku akan memberi balasan seksa kepada orang yang Aku murkai dengan (menggunakan) orang yang Aku murkai, kemudian Aku akan humban mereka berdua ke dalam api neraka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5441].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.