Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الله -عز وجل - ليعجبُ من مداعبةِ المرءِ وزوجتهَ، فيكتبُ لهما بذلك أجراً، ويجعلُ لهما بذلك رزقاً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azzawajalla berasa kagum dengan seorang lelaki yang bergurau senda bersama Isterinya, dituliskan baginya satu kebaikan serta dikurniakan bagi mereka rezeki kerana perkara tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis no. 4804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: إن الله - عز وجل - ليعجب من مداعبة المرء وزوجته، فيكتب لهما بذلك أجراً، ويجعل لهما بذلك رزقاً. [الأصبهاني في الحجة، فر، الضعيفة (3104)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Azzawajalla berasa kagum dengan seorang lelaki yang bergurau senda bersama Isterinya, dituliskan baginya satu kebaikan serta dikurniakan bagi mereka rezeki kerana perkara tersebut. [Riwayat al-Ashafani dalam al-Hujah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3104].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman